MPS OH MPS - Sila Perbaiki Mutu kerja

Berapa banyak kematian yang harus ada untuk membolehkan pihak-pihak berwajib sedar bertapa perlunya jejambat menghubungkan Taman Seri Gombak ke Taman Samudra .

Seminggu yang lepas dua kanak - kanak berumur lingkungan 10 ke 12 tahun telah meninggaldunia akibat di langgar oleh sebuah  kereta yang sedang menghala ke taman Selayang . Sehingga kini jumlah kehilangan nyawa adalah seramai 16 orang.

Cadangan demi cadangan supaya segera di dirika jejambat telah di berikan oleh umno cawangan setempat namun semua tidak mahu bertanggungjawab . Majlis Perbandaran Selayang dengan berani mengatakan ini bukan tanggungjawab mereka dan menuding jari ke JKR . JKR pula cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja .

Apa guna ada sebuah majlis perbandaran sedangkan khidmatnya tidak langsung mencerminkan mesra rakyat.  Aktiviti Majlis Perbandaran Selayang lebih hebat kepada mencari salah masyarakat dan bukannya menaikkan taraf hidup masyarakat sekeliling .

Contohnya masalah banjir di Taman Greenwood sudah berlarutan sekian lama( 4 Tahun) namun  tidak ada sebarang tindakan atau pegawai - pegawai MPS yang datang menjengok ke Taman Green wood . Apakah MPS terlalu sibuk dengan perkara lain sehinggakan terlupa melaksanakan tugas mereka sebenarnya .

MPS memang terlalu hebat bermain politik  kerana apabila ada sahaja isu yang timbul akhirnya yang dipersalahkan semuanya adalah masyarakat sekeliling  . Apakah kita ini menumpang di bumi asing . Mengapakah masyarakat tempatan di berikan layanan begitu rupa . Tuan-tuan dan Puan -puan boleh pergi  pejabat MPS dan  saksikan bagaimana masyarakat tempatan di layan di kaunter-kaunter pertanyaan mereka .

Ini adalah sekadar renungan bersama semoga MPS lebih menumpukan didalam memperbaiki khidmat mesra rakyat mereka dan janganlah sekadar indah dengan Tema  Mesra Rakyaat .